01 July 2010

Top 15: Kejadian Yang Kebetulan (Part 2)



kejadian² kebetulan diteroskan lagi dengan part 2....

10. Bayi Yang Jatuh


Pada tahun 1930 di Detroit,sorang mamat bernama Joseph Figlock yang sedang berjalan² menjadi hero secara xsengaja selepas seorang bayi terjatuh daripada tingkap tepat ke arah die dan kedua² mereka selamat..setahun selepas tu, bayi yang sama jatuh skali lagi dari tempat yang sama dan yang ajaibnye bayi tu jatuh tepat kat Figlock yang kebetulan lalu kat situ..dan sekali lagi, kedua² mereka terselamat..kalau awek yang kuciwa terjun bangunan jatoh kat aku kan best..mesti jatuh cintan hoho♥♥♥

9. Kereta Malang


Pada September 1955, James Dean (plakon amerika) mati dalam sebuah kemalangan ngeri dengan memandu sebuah kete Porsche 550 Spyder yang baru dibeli..selepas kemalangan tu, beberapa siri kejadian malang teros berlaku..

- semasa kereta tu diangkut daripada tmpat kemalangan, enjin tibe² terjatuh dan menghempap kaki mekanik , menyebabkan kedua² kaki mekanik tu lumpuh..

- slepas kete tu siap dibaiki, garage kedai tu musnah terbakar..

- xlama slepas tu, seorang doktor beli enjin tersebut dan meletakkannya kat kete lumba die n seperti menyambung episod malang James Dean, doktor tu mati kemalngan mase tgh berlumba..

- kete James Dean dipamerkan kat Sacramento tapi terjatuh daripada stage n menghempap kaki seorang remaja..

8. Gambar Bertindih


Seorang pompuan menangkap bola(demam bola) gambar anak lelakinya n hantar kat sebuah kedai kat Strasbourg, German , untuk dicuci..dalam mase yang sama Perang Dunia Pertama bermula n die xberpeluang nak ambik balik filem tu..2 taun lpas tu, die beli satu filem kat Frankfurt(100 batu dari Strasbourg)untuk tangkap gamba anak pompuan die yang baru lahir..lpas dicuci tengok² kat gamba tu ade bertindih gamba anak lelaki die yang die tangkap dulu..setelah disiasat, rupenye² kedai tu tersilap jual filem yang dah digunakan..n pompuan tu kebetulan membeli filem die sndiri..

7. Buku Yang Hilang


Pada tahu 1973, Anthony Hopkins (plakon), bersetuju nak berlakon dalam filem “The Girl From Petrovka” yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan George Feifer..die xjumpe buku tu kat mane² kedai kat London..secara xsngaja die ternampak ade sorang brader tgh baring kat kerusi stesen kete api smbil bace buku tu..rupe²nye buku adalah yang original kepunyaan George Feifer yang hilang dalam kete..

6. Kembar Ajaib


Sepasang kembar bernama Jim Lewis n Jim Springer, telah dipisahkan semasa lahir n dibesarkan dengan keluarga yang berlainan..kedua² keluarga scara kebetulan telah menukar nama mereka kepada James..kedua² James xpenah kenal satu sama laen..diorang ade skill yang sama iaitu dalam lukisan mekanik n bertukang..diorang jugak kawen dengan pompuan yang bernama Linda..diorang jugak ade sorang anak lelaki yang bernama James Alan dan sorang lagi James Allan..kembar ni jugak bercerai n kawen dengan pompuan laen yang kedua²nye bernama Betty..penyakit dan tabiat pon diorang kongsi bersama - darah tinggi n menggigit kuku..

bersambung lagi...☺

0 respon:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails