07 July 2010

Bergelak Ketawa



Cite lawak ni mungkin ade orang yang penah bace..untuk yang blom bace, layankan!

Cite 1:

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri
yang sedang tidur nyeyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si
isteri....
Perompak : 'Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!'
Isteri : 'Na... nama sa... saya... Aisyah'
Perompak : 'Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu,' lalu dia mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : 'Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
menjadi korbanku.'
Suami : 'Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah....'

Cite 2:

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis
dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: '47 kg!'Gadis kedua cuba untuk
menimbang, dan mesin komputer
menjawab: '52 kg!'
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer mengeluarkan jawapan: 'Tolong naik sorang-sorang. .
jangan ramai- ramai!'

0 respon:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails