23 November 2010

Bergelak Ketawa (Part 4)



final exam baru je selesai. Secara keseluruhannya aku rasa biasa je. Tak kecewa dan tak konfiden. Tapi lebih kepada kecewa disebabkan ada satu paper yang aku blur tak tau nak jawab ape. Last-last paper tu bertukar jadi paper karangan bahasa melayu. Hoho.

Untuk melepaskan segala penat lelah menelaah sepanjang malam sebelum ni, jom layan cite-cite ni.


Ayahku Ahli Silap Mata

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit di dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah"


Kahwin Lain

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…



Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.


19 November 2010

Layan Jiwang : Dua Jiwa Satu Hati



best gak layan jiwang petang² camni huhu..☺

klik untuk layan leleh..

Dua Jiwa Satu Hati




18 November 2010

5 Gambar Kelakar Menghilangkan Bosan

lagi 4 hari nak final paper. Tak tau dah nak buat ape kat umah ni.
Nak study takde mood. Nak pegi jalan-jalan takde tempat yang best. Nak dating takde awek. Nak kawen takde jodoh.=(

layan lah gambar-gambar kelakar ni. Bye!












15 November 2010

14 Gambar Aksi Dalam LRT



dah lame aku tak naik LRT. Dulu waktu rajin pegi KL selalu jugak naik natang ni. Rupe-rupenye kat dalam LRT ni banyak aksi² yang ade. Jom layan gambar-gambar dalam LRT.

*credit to buaya-merah.blogspot





read more untuk 11 lagi gambar..














yg last 2 xelok diamalkan ye..☺

19 September 2010

Virtual Piano 3.0



Dulu mase kecik-kecik kat umah aku ade satu piano mainan. Walaupon tak tau camne nak maen tapi aku maen tekan-tekan je janji aku suke. Sampai beberapa tahun pastu piano tu rosak, dan teros terhenti prjlanan seni aku. Camni la rupe piano tu..



ini bukan piano aku tapi camni la kerosakan die dulu.☺

tapi baru² ni aku terjumpe satu software yang membolehkan kite maen piano macam piano betol. Jadi kepada sesape yang teringin nak maen piano atau memang bercita-cita nak jadi cam Maksim boleh la donlod natang ni. Untuk belajar chord-chord die, boleh tengok kat sini atau sini..

Selamat Menikmati Muzik!



18 September 2010

PES 2011 @ Fifa 11??



Dah bertahun-tahun kedua-dua game ni berlumba-lumba nak produce game paling best. Aku mula-mula maen game bola first sekali masa darjah 2. Mase tu aku maen Fifa97 kat pc lame+cabok kat umah(mase tu canggih la). Dalam game tu team Malaysia pon ade. Siap kelab negeri perak,selangor, pahang sume ade. Aku ingat lagi maen dengan abang aku, sorang gune keyboard, sorang gune mouse. Gameplay dengan grafik dia jangan cite lah, memang masyuk gile sampai abang aku pening-pening lepas maen game tu. Hahaha.

Sudah-sudah, ni bukan mase nak cite kenangan-kenangan dulu. Ni aku nak tulis pasal Pes 2011 dengan Fifa 11 yang demo die baru je keluar. Aku dah maen dah dua-dua game ni dan semestinye bagi aku Pes2011 lagi layan daripada Fifa 11. Hoho. Dah lame aku tinggalkan Fifa, sejak dari tahun 2004 lagi. Setiap tahun mesti aku tunggu-tunggu keluaran yang seterosnye macam seorang student yang menunggu resultnya keluar.

Terlalu banyak kelebihan Pes2011 kalau nak dibandingkan dengan Fifa 11. Contoh yang paling ketara ialah gameplay Fifa2011 yang berkotak-kotak dan tak bebas untuk kawal cara permainan. Gol pon kebanyakannye akan nampak macam sama.

Gameplay Pes2011


Tapi kalau nak dibandingkan licence kedua-dua game ni, mesti la Fifa 11 menang sebab die dapat full license. Kalau Pes2011, banyak club-club yang dah ditukar nama dia. Contoh kalau Arsenal jadi North London Fc dsb.

Gameplay Fifa 11


Aku pon dah malas nak mengulas panjang-panjang sebab aku bukan keje sebagai game tester pun. Tambah-tambah lagi aku tak dapat sesen pon kalau tulis pnjang-panjang
(mata duitan x?)

Kadang-kadang terase aku macam tak matang lagi sebab suke maen game. Tapi takpe layan je la jnji aku enjoy. Huhu. ☺

Kat sini ade link untuk donlod kedua-dua demo game ni. Game full hujung bulan ni baru keluar kot. Sebelom tu boleh la layan yang demo ni dulu. Donlod ni laju sebab pakai direct link. Gune IDM ye. ☺

Pes2011 demo
Fifa 11 demo

17 September 2010

Ultimate SMS



Dah lame sangat tak update blog. Baru hari ni terasa nak update balik. Bz sangat ke aku ni?hoho. sebenarnye takde la bz mane sangat cume excited je sebab balik umah. Huhu. Pose dah lepas, raye pon baru je lepas jadi lepas ni boleh la kosentret belajar balik. =)

kali ni nak kongsikan satu software untuk hanphone@enset@telefon mudah alih iaitu ultimate sms. Software ni berfungsi untuk me'manage'kan sms-sms dalam hp. Antara fungsi die yang best bagi aku ialah sebab die membahagikan sms-sms mengikut orang yang kite sms.

Read more utk bace smpai habis..

Selalunye dalam inbox yang biasa, die pakai campur ikot tarikh paling baru. Walaupon kite boleh susun ikot name orang yang bagi sms tapi kite tetap kena scroll sampai bawah untuk tengok orang yang seterosnye(harap² paham le gamaknye ape yang teman kabo ni ye). Tapi dengan software ni,kite boleh pilih nak tengok sesi sms(send&receive) kite dengan sesiape.

Lagi satu function die yang rase-rase syok ialah kite boleh setkan setiap kali nak bukak mende ni kene ade password atau x. Ini amat sesuai untuk sesape yang tak nak kantoi sms ngan bini@awek orang. Hohoho. Orang laen tak boleh sesuke hati access inbox dan sms-sms laen. Tapi kat hp aku tak payah letak password pon takpe bukan ade skandal ngan sesape pon. Awek pon xde.

banyak lagi function dalam software ni contohnye

- setkan tone sms untuk orang-orang terpilih
- reminder kalau tak bace sms lagi(boleh set masa ex-5minit,10minit)
- pelbagai font&saiz untuk display sms
- block sms daripada sebarang nombor
- boleh auto reply(kite setkan siap-siap msg ape yang nak direply klu satu-satu nombor tu bagi sms)
- boleh generate report statistik sms mengikut jumlah masa yang boleh diset..
ade lagi function laen tapi rasenye tak bergune langsung. =)

jadi untuk kaki-kaki sms, sila la cube mende ni. Kalau tak ske uninstall balik. Huhu.

*software ni sesuai untuk kebanyakan hp nokia. Hp sony erikson dll tak penah dicuba. Boleh cube donlod dlu. Kecik je size die tak sampai 1mb. Tak sampai 15 saat pon donlod.





22 August 2010

JAVA Ebook Collection



Java ialah salah satu daripada banyak-banyak bahasa programming. Setahu aku salah satu application yang gune java ialah yahoo pool. Kat sini ade koleksi ebook untuk belajar bahasa java. Walaupon aku tak berapa reti lagi gune bahasa ni tapi ebook-ebook ni lah yang sedikit sebanyak mengajar aku selaen daripada kuliah dan lab kat dalam kelas. Selamat menJAVA!

~ Sebenarnye ade lagi satu ebook java yang best tapi tak dapat nak diuploadkan sebab size die besa (100MB++). Tapi rasenye yang mane ade ni pon dah cukup. Hehe.



Bergelak Ketawa (Keluarga Si Akim Part2)



Cerita lawak keluarga akim diteruskan lagi...

Kisah 3 :

Amy ialah anak ketiga Akim. Amy baru sahaja masuk darjah 1.

Satu hari Amy balik ke rumah dan mengadu pada Ekin mengenai hal yg berlaku di sekolah..

Amy : ibu.. tadikan kat sekolah.. cikgu suruh kitorang melukis.. tapikan ibu..
Ekin : apa sayang??
Amy : budak2 lain sume dpt A dgn B ibu... Amy sorang je dpt C..
Ekin :.. eh.. kenapa pulak?? amy lukis apa?? meh sini ibu tgk..
Amy : ni lukisan Amy ibu..



Ekin : gambar apa ni amy??
Amy : gambar atuk Kadiron tgh tersengih masa blackout..

Kisah 4 :

Hari itu merupakan hari ulang tahun kelahiran akim yg ke.. shhh.. rahsia katanya..

Pagi itu Akim bangun dgn penuh semangat dan mengharapkan yg Ekin akan memberikan ucapan Harijadi dgn penuh syahdu kepadanya. Tetapi Akim kehampaan kerana ekin seolah2 tidak mempedulikannya pd pg itu. Jgn kata Ekin, anak2nya si fendi, noi dan amy jugak langsung tdk mengucapkan apa2 kepadanya. Kesian Akim.


Petang itu di opis selepas tamat waktu bekerja.. seketari Akim, si Ayu masuk ke bilik Akim dgn gaya penuh menggoda.

Ayu : bos... .. you tak lapar ke?? I lapar la.. jom teman I makan...
Akim : (sambil menelan liur.. dan terus menutup pc).. jom.. i belanja you...

Akim dgn Ayu pun pergi dinner di sebuah hotel 5 star. Selepas makan Akim menghantar Ayu pulang ke apartmentnya..

Ayu : bos.... you tak nak temankan I naik atas ke?? Mlm2 ni I takut la kalau ada org jahat. You boleh singgah minum kopi dulu kat rumah I.. (dgn jelingan penuh menggoda)
Akim : (dalam hati - wah.. ini can baik ni... sebelum ni aku ngorat dia bolayan je..) okeh..okeh... boleh je...

Selepas mereka masuk ke apartment Ayu... akim disuruh menunggu di ruang tamu sementara ria masuk ke dalam bilik.

sepuluh minit selepas itu pintu bilik Ayu terbukak dan dr dlm bilik itu keluarlah Ekin dan anak2 Akim, si fendi, noi dan amy .. beserta Atuk Kadiron dan Nenet Inaz sambil memegang kek dan menyanyikan lagu HAPPY BESDAY...

namun nyanyian mereka terhenti apabila melihat Akim...

Akim pula terkaku sambil mukanya biru lebam.... terasa darah mengalir naik ke kepala danjantung terhenti berdegup.. kerana dia pada ketika itu tidak berbaju dan berseluar sambil berjoget sakan di ruang tamu...



18 August 2010

Koleksi Ebook Tutorial Wordpress



Wordpress ialah salah satu daripada beberapa host untuk buat blog selain blogger, livejournal, typepad dan lain-lain. Aku sendiri belom pernah daftar dan gune wordpress tapi setahu aku blogger dan wordpress yang paling glamer untuk buat blog. Tapi rasenye gune mane-mane pon lebih kurang je sebab tujuan die semua same. Mungkin ade sikit-sikit je function yang yang berbeza untuk setiap platform. Kat sini dikongsikan ebook tutorial untuk memulakan dan me'manage' blog menggunakan wordpress. Ebook ni ade yang bahase omputeh, bhase mlayu dan bhase indon. Hepi blogging!



17 August 2010

Al-Quran Digital Portable



Dalam bulan Ramadhan ni, elok sangat lah kalau diperbanyakkan amalan-amalan yang baik. Salah satunye yang boleh kita lakukan adalah dengan membaca al-Quran. Kat sini boleh disedut Al-Quran digital yang boleh disimpan dalam pendrive@external. Mungkin ade yang tak mampu nak beli Al-Quran dalam bentuk jilid boleh la bace dalam pc je. Al-Quran digital ni jugak ade makna untuk setiap ayat dan ringkasan tentang setiap surah dalam bahasa indonesia. Semoga amalan-amalan baik kita bertambah dibulan puasa ni, InsyaAllah. Selamat beramal!



12 August 2010

Bergelak Ketawa (Part 3)



Kisah 1

satu hari sedang sepasang lalat makan tahi tibe2 si isteri lalat b'suara "bang ,nape kite hari2 makan tahi?

si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende2 kotor mase makan....... .tak baik"

Kisah 2

Dikisahkan.. seorang buta bertanya kepada..aweknya yang sedang

memimpin tangannya.

" Sayang..betul ker sayang nie ikhlas..!!? "

Lantas..aweknya menjawab..

"Tentulah..saya sayang awak tau..!!"

Kemudian, aweknya pula bertanya..

" Awak rasalah.. saya nie..cantik tak?"

Kemudian, si buta menjawab..

" Saya tahu..kalau awak nie cantik tentulah awak takkan pilih saya

yang buta nie sabagai pasangan..ehehe! !"

Kisah 3

satu petang kambing sound ayam.. "apalah ko ni ayam, baju lawa tapi tak pakai selipar.."

ayam yang bengang jawab "ko lagi la....janggut panjang alim konon.....seluar tak pakai....tak malu!

PDF to Word Converter Portable



Software ni adalah untuk meng'convert'kan file pdf ke file microsoft word. Memang sesuai kalau nk menciplak ape-ape dokumen yang ade dalam file pdf sebab kadang-kadang kite tak dapat nak select text kat dalam file pdf. Banyak lagi features-features yang ade dalam software ni. Salah satu features utama mende ni die boleh convert dalam bentuk bulk(banyak-banyak sekali gus). Dan yang paling penting sekali mende ni portable. Boleh simpan dalam external@pndrive. Aku sendiri blom try lagi mende ni tapi bace review die memang ramai yang suke dan satisfy. Selamat mencube!



11 August 2010

Pose Dulu²



Banyak perbezaan mood puasa dulu dan sekarang. Bile dah tua ni banyak pose kat tempat sendiri dan bukan kat rumah. Dulu kecik-kecik mase umor 6-7tahun sepanjang bulan ade kat umah. Hari-hari berbuka makanan best-best. Belom lagi pegi bazar ramadhan, macam-macam yang aku mintak kat mak macam aku sorang je yang pose. Haha.

Sehari dua sebelom stat bulan pose, aku akan dok depan tv tunggu pengumuman tarikh berpose. Lepas die umumkan, aku dengan semangatnye bersorak 'yeye esok pose!' seolah-olah aku dah lame tunggu bulan pose datang. Tapi sebenarnye aku bersorak sebab bile stat bulan pose maknanye dah dekat nak raye. Raye=dapat bnyk duet raye. Hehe.

Puasa tahun ni stat bulan ogos. Setiap tahun semakin awal pose. Mase darjah 1 dulu pose bulan januari rasenye. Mase bulan pose kene pegi skolah. Kengkawan ramai yang pose tapi disebabkan aku still jambu lagi waktu tu, paham² je lah. Hehehe.



Tapi aku cume skip pose waktu hari sekolah je la. Hari laen aku pose. Kat sekolah kene bace sifir kuat-kuat, bace buku kuat-kuat, bagi salam pon kene kuat-kuat. Mane tak letih. Waktu rehat plak kantin tutup terpakse pegig maen aci duduk kat tempat perhimpunan. Woo tak larat le teman nak pose.

Banyak sangat kenangan zaman kecik-kecik yang best sampai tak larat nak tulis. Yang pentingnye, aku yang dah semakin tua ni mesti pose penoh. Tak boleh nak skip pose sebab dtg bulanade kelas. Ok la tiggal bape jam lagi nak bukak pose makan kat mane pon tak tau lagi ni. Selamat berpose!

Ramadhan Al Mubarak



Bulan pose dah stat. Rse bersyukur sebab dapat berpose dalam bulan ramadhan taun ni. Moga-moga dapat menikmati ramadhan sepenohnye sampai syawal. Bulan ni lah peluang kite untuk kembali kepada fitrah iaitu kepada tujuan asal kite hidup iaitu untuk mentaati perintahNya.

Yang paling penting, betolkan niat untuk berpuase. Jangan disebabkan ikot kengkawan, malu dengan awek, takot ayah tanye atau laen-laen☺. Semuanye hanya kerana Allah. Mantapkan semua amalan-amalan wajib dan banyakkan amalan-amalan sunat. Pahala pada bulan pose lagi berganda daripada bulan-bulan yang laen ye kawan-kawan.

Dah macam ustaz dah aku berpesan. Ni semua disebabkan terlepas nak pegi audition imam muda. Huahua. Ape pon, semoga bulan ramadhan ni membawa keberkatan dalam hidup kite. Sesuai dengan maksud ramadhan almubarak iaitu 'Ramadhan Pembawa Berkat'. Selamat berpose!


07 August 2010

Bergelak Ketawa (Part 2)



Sori mat gune broadband ko lame sket☺

Cite 1:

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"


Cite 2:

Posmen

" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie.. Apsal tak pos aje?"


Related Posts with Thumbnails