08 May 2011

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Ketika Cuti Semester



Cuti semester dah mula. Untuk aku yang dah tahun akhir ni, lepas ni tak merasa dah la cuti semester. 2bulan lagi dah mula sesi praktikal yang tempatnye pon aku tak cari lagi. Malas pulak rasenye. Tarikh mula semester baru pun dah berubah ke bulan 9. Jadi, berpartilah junior-juniorku dpt cuti 4bulan. Cett.

Mungkin ade sesetengah orang yang blur tak tau nak buat ape waktu cuti macam ni. Tapi sebenarnya ade banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan masa kat rumah. Yang paling menyeronokkan, aktiviti-aktiviti ni tak memerlukan kite mengeluarkan duit walaupun seposen. Kedekot bunyinye kan?hakhak.

1. Makan



Bila berada di kampus, setiap kali nak makan kite kena baya untuk setiap mkanan yang kite makan. Pegi kedai mamak, ambik nasi, ayam yang tulangnya lagi besa dari isi, kuah sikit, teh o ais pastu duduk kat meja.

"ane, kira!" jeritku.

Terkedek-kedek seorang mamak datang membawak kertas dan pen. Menjeling-jeling lauk di dalam pinggan dan menulis-nulis seperti seorang yang sangat mahir dalam matematik. Diselitkan sehelai kertas kat bawah pinggan dan berlalu pergi. Aku pun cepat-cepat check pengiraan mamak tadi. Biasalah, mamak ni pun kadang-kadang kira bukan betul sangat. 2 tambah 3 pun kadang² jadi 9.

RM6.50

"Todia! Ambik ayam kenet ni pun dah 6ringgit lebih!"

Tapi aku dengar-dengar orang kate bab-bab makan ni jangan berkira sangat, sebab makan tu memang keperluan kita untuk hidup. Kalau beli baju, kasut dan lain², baru boleh berkira, sebab yang sedia ada pun boleh guna lagi.

"Kalau belanja awek camne? Kene berkira jugak ke?" tanye suara-suara nakal dalam hatiku.

"Ah banyak tanya la kau. Awek pun ko takde. Jangan berangan." jawab satu suara lagi.

Jadi bila ada kat rumah, inilah peluang kite yang terbaik untuk makan sepuas-puas hatinya tanpa rasa risau dengan duit dalam poket. Ini disebabkan makan kat rumah semuanya free. Jalan je masok bhagian dapur, ambik je ape-ape makanan yang ade. Nasi, lauk, keropok, kerepek, kuih, roti, biskut, kacang. Belum lagi bukak peti ais. Ayam, daging beger, nuget, aiskrim, puding. Fuhh, my home my heaven!

2. Buat kerja-kerja rumah



Aktiviti ini mungkin agak meremehkan bagi yang tak biasa, tetapi sebenarnya banyak kebaikan tersembunyi di sebalik aktiviti ini. Yang utamanya, ia dapat meringankan kerja-kerja mak kita. Oh ya, hari ini hari ibu. Kepada emakku tersayang,

Selamat Hari Ibu!

Balik kepada cerita tadi, tak salah rasanya kalau kita ambik alih kerja-kerja seperti membasuh pinggan, sapu sampah, lap kipas dan lain-lain. Seriously, aku bukan seorang yang sentiasa nak berkemas-kemas. Aku berkemas bila ade mood je. Ade mood, kemaslah tempat aku. Takde mood, tongkang pecah la bilik aku. Buktinya? Datanglah rumah sewa aku. Bawak sekali sembur pembunuh lipas, takut-takut ada makhluk menjijikkan itu. Haha.



Yang penting tentang aktiviti ini, selain daripada menyihatkan badan, terdapat satu kelebihan lain yang jarang-jarang orang perasan. Cuba buat aktiviti ni semasa jiran-jiran @ kawan-kawan mak korang datang ke rumah. Bukan sahaja ia dapat mengharumkan nama mak korang, tapi mana tau kot-kot dia berkenan nak buatkan kita menantu. Hoho.

***

Aku : (Sedang mengemop lantai) Lame tak nampak Cik Tipah? Anak cmne, sihat ke die?

Cik Tipah : Eh aku taknak ditanya pulak sihat ke tak? Aih kamu ni. Sihat je. Cenggitu le dia. Rajin pulak kamu mop lantai.

Aku : Biase le Cik Tipah, cuti-cuti ni tolong mak aje le. Kesian ditengoknye hari-hari buat kerja berat.(Tunjuk imej anak baik)

Cik Tipah : Baguih le kamu. Tapi ngape pelik je makcik nengok kamu mengemop? Kering je, kamu mop tak guna air ke? Dah macam sapu sampah pulak makcik tengok.

Baru aku perasan aku tengah mop tapi takde air. Kelam kabut sangat tau-tau Cik Tipah datang nak tunjuk rajin air pun lupe nak ambik.

Aku : ...(Terdiam) Ni mop cara baru Cik Tipah. Orang-orang muda mop memang gini ghupenye. Hahaha (gelak buat-buat)

***

Moral Of The Story : Kalau nak tunjuk rajin pun, janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri. Hakhak.

Bersambung nanti.

1 respon:

Anonymous said...

makanan kt umh terbaekk..mamak skrg cam was2 jgk..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails