12 May 2011

Kisah Seorang Kawan



(Ini adalah kisah benar)

Malam tadi sedang rancak aku layan Dota, tiba-tiba telefon mudah alih kesayanganku berbunyi.

Tett tett teeett

Tertera satu nombor kat skrin telefonku.

"Ish, awek mane lagi yang nak kacau aku ni? takde privacy lah camni.."

Sengaja aku kuatkan suara, dengan harapan kakakku yang ada kat dapur terdengar. Biar die beranggapan adik dia ni 'hot guy'. Padahal tak pernah pun ada awek kacau. Hahaha.

"Ehem ehem, hello?" sapaku lembut.

"Hello bro! pa habaqq? ada mana la ni??"

Terdengar satu suara lelaki bercakap loghat utara yang agak pekat dengan bersemangat.

"Cett. Lelaki." getusku dalam hati. Kecewa.

"Oh baik. Aku ada kat umah ni, kat ipoh. Awat?" aku cuba berloghat utara.

"Minum jom! satgi aku sampai umah hang"

"Ni sapa?" tanyaku.

"Laa..bapa bulan tak balik dah lupa dah?"

Baru aku kenal dengan siapa aku tengah bercakap. Sebab aku baru dapat cam lenggok gaya percakapan loghat utara dia. Seorang kawan sekolah rendah aku, Man(bukan nama sebenar). Kadang-kadang lepak dengan dia bila aku balik ke Ipoh. Tengok bola, lepak kat mamak, merayau-rayau kat bandar sama-sama.

Tapi sebenarnya aku taklah rapat sangat dengan Man. Mungkin sebab kawan-kawan yang lain dapat belajar luar dari Ipoh dan jarang dapat cuti yang serentak, menyebabkan aku jadi agak rapat dengan Man. Secara jujurnya, aku agak berbulu jugak dengan Man ni, sebab die selalu cakap kelentong. Atau bahasa lainnya selalu reka cerita. Tapi kalau bab bergurau-gurau dan berlawak, aku ngam je dengan dia.

"Lerr.. Bile plak hang tuka nombor ni, Man? Buat cuak aku je hang ni." tanyaku lega.

"Haha, baru lagi. Siap-siap la, jap gi aku sampai."

"Okey"


* * *

Pin pin pin

Kedengaran hon motosikal kat luar rumah aku. Cepat-cepat aku keluar dari rumah, tak nak membiarkan Man menunggu lama.

"Zack, pa habaq? Sihat ka?" tanya Man sambil tersenyum.

Antara banyak-banyak kawan aku kat rumah, Man la antara yang paling ramah dan banyak bercakap. Senang cite kalau lepak sembang-sembang dengan dia kat kedai, ada je topik baru yang dia bukak. Sampai ade sekali mase tengah tengok bola, dia gigih lagi bersembang pasal bola tak berhenti-henti. Tension aku, nak tengok bola pun tak feel.

"Cenggini la aku, ensem cam dulu. Nak camne lagi.." jawabku selamba.

"Bila masa hang hensem??" tanya Man, sambil buat muka serius.

"Haha! Yela aku tau hang ensem lagi." jawabku acuh tak acuh sambil naik atas moto, membonceng Man.

"Mana helmetnya?" tanya Man tiba-tiba.

"Eh, bukan minum kat Sahul je ke? Takyah helmet, dekat je." aku memberi alasan. Lagi pun kedai makan Sahul lebih kurang 250 meter je dari rumah aku.

"Bukan, ni nak gi Ehsan. Tuka port sekali sekala."

Aku terus memandang-mandang almari kat halaman rumah. Ternampak satu helmet putih berhabuk di celah-celah timbunan surat khabar. Sejak motosikal abang aku kena curi kat bank beberapa tahun dulu, helmet tu dah lama tak dipakai.

"Berhabuk lah helmet tu. Awek kat kedai nampak nanti camne?"

"Waktu-waktu sekarang ni awek-awek tak cun je yang ade. Awek-awek cun malam-malam dok umah. Takpe lah, aku ikot jalan belakang."

Man pun terus memecut motosikal 'Lagenda'nya menuju ke Restoren Ehsan, yang terletak kira-kira 2km dari rumah aku.

* * *

Sepanjang perjalanan, tak henti-henti aku dengan die berbual-bual. Yelah, dah berapa bulan tak jumpa. Kate Man, dia ade benda nak bagi tau kat kedai nanti. Aku pun agak terkejut bila dia cakap camtu. Nak kawin dah ke dia ni? Aku bertanya-tanya sendirian.

Sampai je kat kedai mamak tu, Man terus mendahului aku untuk masuk ke dalam kedai. Tiba-tiba dia ternampak seorang kawan dia, tengah duduk minum-minum sambil pegang Galaxy Tab. Kalau sesiapa tak tau Galaxy Tab tu apa, camni la rupa dia.



Sebelah Galaxy Tab tu, ade satu buku log, satu fail dengan sebatang pen. Kat bahu dia ada tergantung satu beg kecik yang biasanya dipakai ulat-ulat tiket kat stesen bas. Cukup pakej untuk menampakkan ciri-ciri seorang usahawan. Muke dia sekali pandang macam Elvis Presley pun ade, sebab rambut dia macam nak buat 'remos' tapi tak berapa nak jadi. Fesyen terbaru mungkin.

Man pun bersalam dan terus duduk depan dia. Aku pun turut bersalam dan duduk sebelah Man. Dalam hati aku dah terdetik,

"Diorang ni dah plan nak jumpa ke?"

Aku mula tak sedap hati, kot-kot dia nak jual barang, naya je aku kene beli. Dalam wallet ade rm20 je ni.

"Ni kawan ko ke?" tanya mamat be'remos' tadi.

"Haah, ni downline baru aku." jawab Man dengan serius.

Aku terkedu.

"Downline?? Downline amende ni?" aku berkata dalam hati. Tapi aku buat-buat cool dan tak tau apa.

Tiba-tiba datang seorang mamak nak ambik order. Aku pun order teh tarik.

"Makan??" mamak tu tanya.

Aku mengangkat tangan sambil menggeleng-geleng kepala tanda tak nak order makanan.

"Order la ape-ape, Zack. Aku bayar sume" tiba-tiba Man bersuara.

Sah! Ni mesti nak ajak aku join benda-benda MLM. Tak pun bab-bab skim yang berkaitan piramid-piramid, downline-upline, cari-cari orang. Aku kenal sangat skill-skill macam ni. Ajak makan pastu kate nak belanja sume. Cuma syarat dia kena dengar je apa yang diorang nak cerita dari mula sampai habis.

Sampai je air yang aku order tadi, Man terus letak satu flyer depan aku. Tertera besar satu ayat dalam flyer tu,

"Jadi Kaya Dalam Masa Sebulan Dengan Modal Hanya RM***!"

"Aku baru je join, aku nak ajak hang masuk bawah aku." jelas Man, berterus terang.

Mood aku terus hilang. Ingat Man ajak minum untuk lepak-lepak, sembang-sembang, gosip pasal awek taman macam selalu. Tapi lain pulak jadinya. Betul la sangkaan aku tadi, yang Man dengan si remos ni memang dah plan nak jumpa, dan tujuan dia satu je: nak ajak aku join bisnes diorang.

Lebih kurang 30 minit jugak si remos tu bagi penerangan kat aku pasal bisnes yang diorang buat. Aku terpaksa buat-buat muka blur sepanjang penerangan tu. Cuma kadang-kadang aku macam tunjukkan minat sikit bila dia tunjukkan facebook dia yang die dah dapat ramai downline. Aku tunjuk minat pun sebab nak tengok dia punya Galaxy Tab je. Tak pernah lagi tengok depan mata sebelum ni. Haha.

Tapi apa yang aku respect dengan si remos ni, cara penerangan dan ayat-ayat pancing dia sangat manis. Dengan gaya lenggok dia bercakap, susunan ayat dan bukti-bukti yang dia tunjuk, memang dia sesuai dengan kerja mencari-cari downline ni. Cuma untuk aku yang memang keras hati taknak join MLM-MLM ni, tak berapa termakan dengan penerangan hebat dia.

Man pun ada sampuk-sampuk masa si remos ni cakap, untuk yakinkan aku. Tapi bagi aku, Man ni tak ada langsung skill-skill untuk pancing orang jadi downline. Nak tergelak pun ade bila aku dengar dia cakap,

"Zack, masuk benda ni boleh kaya hang taw tak. Silap-silap boleh beli Ferrari oo!" bulat mata Man menerangkan kat aku dengan penuh semangat. Muka dia sangat serius.

"Huyo, Ferrari! Jutawan la aku nanti!" jawabku buat-buat teruja. Sengaja aku tunjuk konon-konon aku termakan dengan kata-kata Man.

Aku tengok si remos pun macam nak tergelak dengan ayat Man. Kau memang tak boleh buat MLM la Man! Hahaha.

15 minit lepas tu, aku pun bagi tahu yang aku memang tak ade masa nak cari-cari downline, dan mintak maaf sebab tak dapat join bisnes tu. Diorang pun macam faham dan tak lama lepas tu, Man pun kata nak balik, ada hal katanya. Aku dengan Man pun bangun dan bersalaman dengan si remos.

"Oh lupe bagi tau nama. Eddy." kata si remos sambil tangan menggenggam erat tangan aku.

"Zaki." jawabku sambil tersenyum.

"Ape-ape hal nanti contact Man je. Nanti dia inform aku"

"OK"


* * *

Atas moto on the way nak balik, aku saje tanya pada Man,

"Dah lame ke ko kenal Eddy tu?"

"Ade la 3 bulan. Satu tempat kerja." jawab Man.

Tiba-tiba aku terdetik nak tahu nama betul Eddy. Yelah nama macam komersil je teringin jugak nak tahu nama sebenar dia. Aku mula beragak-agak nama yang berkemungkinan. Zaidi? Affendy?. Aku pun bertanya kat Man,

"Apa name betol Eddy tu? Cam glamer je nama dia."

"Ahmad Bustamam." jawab Man ringkas.

"Hahahahahahaha! Bustamam jadi Eddy? Nama nak market je..hahaha!" aku ketawa tak berhenti.

"Hang jangan pandang rendah kat dia..dia tu baru kawin..bini dia pehhh aku cakap hang..Tiptop!" terang Man sambil mengangkat ibu jari.

Aku pun tak kisah sangat dengan statement Man. Sebab aku kenal sangat Man punya taste awek. Yang tak cun pun kadang-kadang dia kata cun gile. Tang mana yang cun bagi dia ntah. Tapi kalau betul pun bini Eddy tu cun, aku pun tak terkejut sangat. Dengan ayat-ayat manis dia, aku rasa pompuan mana pun boleh sangkut. Cuma aku kecewa sikit sebab aku tak ade bakat 'mengayat' macam dia. Kalau ada, heaven la masa muda aku ni. Hakhakhak.

Sampai je kat rumah aku, Man bagi tau,

"Zack,kalau hang tiba-tiba rasa nak join, halo2 aku. Gerak dulu, ada hal ni."

"Orite"

Masuk je rumah, aku rasa aku dah rugi sejam lebih duduk kat kedai mamak tadi. Aku pun jadi macam segan rasanya nak keluar lepak-lepak dengan Man lepas ni. Mesti dia nak ceritakan lagi keuntungan kalau join bisnes yang dia buat. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya aku dah tolak secara baik. Tapi bila teringat Eddy a.k.a 'si remos' tadi, aku gelak sorang-sorang. Adoi, bustamam, bustamam.. nama nak hot je. Hahaha.

4 respon:

Anonymous said...

haha..klaka post nih...bustamam jd eddy xtahan..haha

Mamak Emmett said...

wah dah mcm karya novel dah ni zaki...bagus2! best la cerita ko....hahaha!

Anonymous said...

Zaki jadi Zack tu masih dekat lg.... tp kalo Bustaman jadi Eddy tu sgt jauh dah menyimpang bro.. kahkahkah....

aqilah azhariah said...

=)..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails